Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) Australia bagi usaha mencari MH370 yang hilang mengumumkan pagi tadi bahawa operasi kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 tidak berhasil selepas menjalankan operasi pencarian di bawah permukaan laut di kawasan seluas hampir separuh daripada keseluruhan kawasan utama pencarian.
Menurut kenyataan JACC, misi kali ketujuh bagi Bluefin-21 telah berakhir pagi tadi dan misi kali kelapan turut diteruskan.
Menurut maklumat lain, sebanyak 11 buah pesawat dan 12 buah kapal menyertai operasi pencarian hari ini di dua kawasan perairan seluas lebih 48 ribu kilometer persegi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Pesawat Pengangkutan jenis Il-76 milik China sebagai pesawat pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pukul 5:53 pagi tadi untuk menjalankan tugas pencarian di kawsan berjarak 2,221 kilometer dari Perth.