Cari:
Jepun Umumkan Agenda Lawatan Barack Obama
2014-04-23 15:11:24 CRI Cetak

Kerajaan Jepun semalam mengumumkan agenda lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang bakal tiba di Jepun malam ini bagi memulakan lawatannya ke empat negara Asia.

Dalam lawatan tiga hari dua malam itu, Obama dijadualkan menghadiri jamuan makan malam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Pertemuan dengan Abe dan Maharaja Jepun diadakan pagi esok. Obama dan Abe akan menghadiri sidang media bersama petang esok serta menghadiri pameran teknologi dan budaya Jepun di Muzium Kebangsaan Sains dan Inovasi serta Tempat Keramat Meiji. Setelah menghadiri jamuan malam di Istana Jepun malam esok, Obama bakal berlepas ke Republik Korea pagi berikutnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China