Cari:
Barack Obama Temui Shinzo Abe
2014-04-24 15:12:25 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menemui Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Tokyo hari ini.

Abe berkata, hubungan sekutu Jepun-AS diharap dapat memperkukuh keamanan dan kemakmuran Asia Pasifik. Obama berkata, hubungan itu asas menjamin keselamatan serantau.

Dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat berhubung rundingan Perkongsian Trans Pasifik (TPP). Obama dipercayai mengalu-alukan rancangan Abe tentang pembatalan larangan hak pertahanan diri kolektif. Selain itu, menurut laporan NHK hari ini, berikutan kegiatan maritim China yang bertambah banyak kebelakangan ini, kedua-dua pihak dijangka menekankan kebebasan pelayaran dan penerbangan dan mengenal pasti apa yang disebut " Pulau Diaoyu di bawah pentadbiran kerajaan Jepun selaras dengan Perjanjian Jaminan Keselamatan Jepun-AS".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China