Cari:
Operasi Mencari MH370 Perlu Kerjasama Antarabangsa
2014-05-02 14:01:31 CRI Cetak

Selepas operasi pencarian selama 55 hari gagal membuahkan hasil, Malaysia mengumumkan semalam bahawa pesawat MH370 masih dalam keadaan hilang, dan pihaknya akan meneruskan operasi pencarian. Masyarakat antarabangsa patut meningkatkan lagi kerjasama dalam operasi mencari pesawat itu.

Terdapat banyak kesukaran dalam operasi mencari pesawat MH370. Pertama, selepas pesawat itu hilang hubungan, maklumat penting yang diperlukan untuk mengenal pasti lokasi pesawat itu tidak dapat disahkan. Tambahan pula, kawasan pencariannya terlalu luas. Dan kedua, selatan Lautan Hindi antara kewasan perairan yang keadaan cuacanya paling buruk di dunia. Pengetahuan manusia tentang dasar laut di selatan Lautan Hindi malah lebih kurang daripada pengetahuan manusia tentang permukaan bulan.

Cabaran yang sebegini besar tidak dapat ditangani oleh hanya sesebuah negara, kerjasama antarabangsa amat diperlukan. Dalam 55 hari lalu, 26 buah negara telah mengambil bahagian dalam operasi mencari berkenaan. China menghantar 18 buah kapal, 13 buah pesawat udara dan menggunakan 21 buah satelit selain menghantar ramai tenaga profesional untuk membantu kerja pencarian.

Kini, operasi mencari memasuki fasa baharu, iaitu pencarian di dasar laut yang lebih luas. Pelbagai negara perlu merapatkan kerjasama untuk menangani cabaran dan kesukaran yang lebih besar. Di samping itu, negara-negara terlibat pula perlu meningkatkan kerjasama dalam menyiasat punca kehilangan pesawat itu dan berkongsi maklumat tepat pada waktunya. Dalam pada itu, layanan terhadap keluarga penumpang dan krew juga perlu dititikberatkan, dan hak dan kepentingan mereka yang sah perlu dilindungi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China