China menggesa agar usaha dilakukan untuk melindungi keamanan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik, sebagai respons terhadap latihan ketenteraan bersama tahunan AS-Filipina yang bermula Isnin lalu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, usaha memelihara keamanan dan kestabilan di Asia Pasifik bersesuaian dengan kepentingan semua pihak.
China berharap tindakan yang diambil oleh Filipina dan AS sejajar dengan hala tuju itu, sambil menggesa kedua-dua negara melakukan usaha yang bermanfaat bagi membina kesalingpercayaan antara negara-negara terlibat serta mengekalkan Keamanan dan kestabilan di rantau itu.