Menurut jabatan kehakiman Perancis semalam, pendakwa raya Paris telah melancarkan satu siasatan kehakiman untuk tuduhan "membunuh tanpa niat" berikutan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pada 7 Mei lalu.
Pihak pendakwa raya Paris telah memulakan siasatan peringkat awal berhubung insiden itu mulai 11 Mac lalu berikutan terdapat 4 warga Perancis dalam pesawat berkenaan yang hilang sejak 8 Mac lalu.