Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengecam keras serangan pengganas dan penculikan pelajar perempuan yang berlaku di Nigeria baru-baru ini.
UNSC dalam kenyataan semalam berkata, serangan pengganas yang dilancarkan oleh kumpulan pelampau Boko Haram di Gamboru Ngala, Nigeria pada 5 Mei lalu menyebabkan ratusan orang terbunuh dan cedera. Di samping itu, UNSC akan memberikan tumpuan kepada perkembangan kes penculikan pelajar perempuan di negara itu, dan menimbang untuk mengenakan tindakan yang sewajarnya ke atas kumpulan tersebut.
Kenyataan itu juga berbunyi bahawa sebarang keganasan, tidak mengira masa, tempat, pelaku dan motifnya, merupakan jenayah yang tidak dapat dijustifikasikan. Bagaimanapun, keganasan tidak sepatutnya dikaitkan dengan mana-mana agama, negara, budaya dan bangsa.