Cari:
Pakistan dan Iran Tingkat Kerjasama Antikeganasan
2014-05-13 15:07:01 CRI Cetak

 

Presiden Iran Hassan Rohani

Iran dan Pakistan perlu bekerjasama dalam usaha memerangi keganasan. Gesaan itu dibuat oleh Presiden Iran, Hassan Rohani ketika bertemu dengan Perdana Menteri Pakistan, Raheel Sharif yang dalam lawatan selama dua hari ke Iran yang berakhir semalam.

Pemimpin tertinggi Iran, Sayed Ali Khamenei ketika ditemui Raheel Sharif menyatakan bahawa Iran menentang apa jua tindakan keganasan dan menyifatkan pelampau Islam sebagai ancaman bagi seluruh dunia Islam.

Perdana Menteri Pakistan Raheel Sharif

Menurut Sharif pula, Pakistan berasa kesal terhadap kes penculikan seorang askar Iran oleh pengganas Pakistan yang berlaku pada bulan Februari lalu. Beliau berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya memerangi kumpulan pengganas di wilayahnya.

Dalam tempoh lawatan Perdana Menteri Pakistan, Raheel Sharif di Iran, selain isu memerangi keganasan, pemimpin kedua-dua negara juga membincangkan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala serta isu pembinaan saluran paip minyak dan gas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China