Pilihan Raya Dewan Rakyat India berakhir semalam. Hasil tinjauan pendapat umum yang dijalankan beberapa badan media dan syarikat tinjauan dalam tempoh lima minggu lalu menunjukkan bahawa Parti Bharatiya Janata mungkin memenangi pilihan raya itu, manakala Kongres Nasional India dijangka gagal.
Pilihan raya India yang diadakan pada 7 April hingga semalam itu dikatakan pertandingannya paling sengit dalam tempoh 30 tahun. Keputusan pemilihan bakal diumumkan pada 16 Mei.