Dalam satu sidang media di Beijing semalam, Naib Menteri Perdagangan China, Zhu Guangyao berkata, sejajar dengan dasar pembaharuan terus dilaksanakan, kadar pertumbuhan ekonomi China akan kekal pada 7% hingga 8% pada 10 tahun yang akan datang.
Beliau berkata, Presiden China Xi Jinping dalam tinjauan di provinsi Henan baru-baru ini menegaskan bahawa dasar pembangunan ekonomi China tidak berubah. Xi berharap ekonomi China dapat berkembang dengan stabil dan mantap.