Cari:
Ketua Turus Tentera China-AS Bakal Berdialog Menerusi Sistem Komunikasi Video
2014-05-18 14:20:42 CRI Cetak

Kaedah dialog langsung antara Ketua Turus Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama Tentera AS akan dinaiktarafkan daripada menerusi telefon kepada sistem komunikasi video bagi terus meningkatkan rasa saling mempercayai, menambah persefahaman dan mengurangkan salah faham antara kedua-dua pihak. Demikian dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Hal-ehwal Luar Kementerian Pertahanan China, Guan Youfei dalam sesi taklimat di New York kelmarin.

Ketua Turus PLA China, Fang Fenghui menamatkan lawatannya di AS kelmarin. Bagaimanapun, komunikasi dan pertukaran antaran tentera kedua-dua negara diteruskan.

Menurut Guan Youfei, sejak AS melaksanakan strategi menyeimbangkan semula kuasa di Asia-Pasifik, kebanyakan negara di rantau ini tidak bersedia menyebelahi mana-mana pihak dan berharap China dan AS meningkatkan kerjasama, bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau. Sebagai hasil lawatan kali ini, China dan AS bersetujuk mengadakan latihan bersama di negara ketiga. Ini bermakna tentera kedua-dua negara dapat melaksanakan kerjasama dalam rangka latihan bersama multilateral. Hal ini berfaedah bagi meningkatkan kemampuan tentera China-AS untuk bersama-sama menghadapi cabaran keselamatan bukan tradisional, mengurangkan kebimbangan beberapa negaa dan memperluas bidang kerjasama keselamatan kedua-dua negara bahkan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China