Pengundian Presiden Ukraine berakhir dalam suasana aman pada pukul 8.00 malam 25 Mei lalu waktu tempatan. Berdasarkan tinjauan terhadap pengundi yang keluar mengundi, calon Presiden Petro Poroshenko yang mendapat kadar undian melebihi 50% bakal diumumkan memenangi pilihan raya ini.
Selepas pengundian berakhir, Badan Pendakwa Raya Ukraine mengumumkan, kecuali negeri Donetsk dan Luhansk yang telah mengisytiharkan kemerdekaan, pemilihan kali ini berjalan dalam suasana yang aman dan demokratik di seluruh negara. Sementara itu, ekoran gangguan kumpulan militan terhadap penduduk semasa pengundian di kedua-dua negeri tersebut, pengundian gagal dijalankan.
Menteri Kehakiman Ukraine, Pavlo Petrenko pula menyatakan, tiada penipuan besar-besaran dikesan dalam pengundian. Pengundian tersebut diisytiharkan sah berikutan pelaksanaannya jujur, telus dan demokratik.
Mantan Perdana Menteri Yulia Tymoshenko dilaporkan berada di kedudukan yang kedua.