Cari:
Murayama Tomiichi Bantah Pembatalan Larangan Hak Pertahankan Diri Kolektif
2014-05-26 15:51:47 CRI Cetak

Majlis syarahan khas anjuran pertubuhan warga bandar Tokyo yang bertema "Wariskan Ucapan Murayama Tomiichi" diadakan di Tokyo semalam. Mantan Perdana Menteri Jepun, Murayama Tomiichi menghadiri syarahan tersebut dan menyatakan bahawa Jepun perlu menerima hakikat sejarah. Beliau menentang "pindaan perlembagaan" yang bertujuan untuk membatalkan larangan hak pertahankan diri kolektif.

Berhubung hasrat Perdana Menteri, Shinzo Abe yang berniat meminda perlembagaan bagi membatalkan larangan terhadap hak mempertahankan diri secara kolektif baru-baru ini, Murayama menegaskan tindakan Shinzo tersebut tidak wajar. Jika dibenarkan, perlembagaan negara tidak mempunyai makna lagi. Tambah beliau, perlembagaan tidak boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut kehendak pihak berkuasa.

Beliau juga menegaskan Jepun kurang menerapkan pendidikan sejarah setelah Perang Dunia Kedua sehingga ramai golongan muda negara itu buta sejarah. Beliau berkata, kini pendidikan sejarah perlu ditingkatkan di Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China