Cari:
Malaysia Naib Johan Piala Thomas
2014-05-26 14:37:40 Agensi Berita China Cetak

Pasukan Jepun menewaskan Malaysia pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, India, malam tadi. Pasukan Jepun turut menjadi pasukan keempat yang menjuarai Piala Thomas selepas Indonesia, China dan Malaysia.

Pada pertandingan separuh akhir, pasukan Jepun menewaskan pasukan China dengan 3-0. Pasukan Malaysia pula menewaskan pasukan Indonesia dengan 3-0 untuk memasuki pusingan akhir.

Pada pusingan akhir, Lee Chong Wei menyuntik semangat pasukan Malaysia apabila membuka gelanggang dengan mata pertama. Namun, beregu pertama Malaysia, Tan Boon Heong-Hoon Thien How gagal meneruskan kemenangan apabila tewas kepada Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo. Selepas persaingan hebat selama enam jam, pasukan Jepun menewaskan Malaysia 3-2 bagi memenangi Piala Thomas buat kali pertama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China