Cari:
Najib Bakal Adakan Lawatan Rasmi ke China
2014-05-26 13:49:00 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 27 Mei hingga 1 Jun nanti. Ketika diwawancara oleh wartawan, Najib mengatakan bahawa hubungan persahabatan Malaysia-China mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1974.

Menurut beliau, Perdana Menteri kedua-dua negara ini menandatangani kenyataan bersama pada 31 Mei 1974. Selepas itu, hubungan Malaysia-China terus berkembang. "Kini hubungan antara Malaysia dengan China merupakan hubungan dua hala yang rapat dan menyeluruh. Mencari peluang pembangunan dan kemakmuran merupakan cirinya. Hubungan ini bukan sahaja bermanfaat bagi pembangunan kedua-dua negara ini, tetapi juga menyumbang kepada keharmonian dan kestabilan serantau serta pembangunan sosioekonomi yang dinamik."

Najib berkata, Malaysia dan China meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan, perkhidmatan kewangan, pembinaan kemudahan infrastruktur, penguatkuasaan undang-undang, dan pertahanan berikutan hubungan dua hala ditingkatkan kepada tahap hubungan kerjasama strategik. Rangka tindakan pembangunan ekonomi dan perdagangan lima tahun yang ditandatangani pada bulan Oktober 2013 menjelaskan keutamaan untuk tempoh lima tahun akan datang. Menurut matlamat pembangunan yang ditetapkan, jumlah perdagangan Malaysia-China akan mencatat USD 160 bilion pada tahun 2017. Selain itu, Malaysia dan China mempunyai ruang pembangunan yang agak besar dalam bidang pelaburan.

Menurut Najib, China merupakan negara sumber pelancong yang amat penting bagi Malaysia. Jumlah pelancong China ke Malaysia mencatat 1.8 juta orang pada tahun 2013, iaitu meningkat 15% berbanding tahun 2012. Tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia, pihaknya berharap menarik kira-kira 2 juta pelancong dari China.

Ketika menyebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, Najib berkata, pihaknya merakamkan terima kasih atas bantuan China dalam insiden ini. Tanpa bantuan China, operasi SAR tidak mungkin mencapai kemajuan setakat ini. Beliau berkata, pelbagai cabaran dalam insiden pesawat ini harus dipandang dari sudut yang lebih meluas, baik dari segi sejarah kedua-dua negara mahupun peluang kerjasama dua hala pada masa depan.

Ketika menyebut hubungan China-ASEAN, Najib berkata, "China merupakan rakan yang paling aktif bagi ASEAN. Malaysia amat gembira melihat sokongan kerajaan baharu China terhadap ASEAN, dan berharap hubungan China-ASEAN menjadi semakin rapat."

Menurut beliau lagi, komuniti ekonomi ASEAN akan siap dibentuk menjelang tahun 2015. Malaysia akan menjadi negara pengerusi bergilir ASEAN tahun 2015. Pihaknya berharap agar China menjadi rakan ASEAN yang lebih kuat dan memainkan peranan yang lebih besar demi menggalakkan kerjasama ASEAN dan mengecilkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China