Suruhanjaya Pengurangan Bencana Negara China dan Kementerian Hal-Ehwal Awam bersama-sama melaksanakan mekanisme pencegahan bencana peringkat empat negara demi menangani bencana banjir yang melanda provinsi Guangdong, selatan China baru-baru ini. Satu kumpulan kerja telah dihantar ke kawasan bencana.
Setakat pukul 4.00 petang semalam, bencana banjir yang melanda lapan buah bandar di provinsi Guangdong meragut 13 nyawa manakala tiga lagi masih hilang, selain menjejaskan kehidupan 1.12 juta orang. Kerugian ekonomi mencatat RMB 2.97 bilion.