Cari:
Lawatan Najib Perkasakan Hubungan China-Malaysia
2014-05-27 16:20:52 CRI Cetak

31 Mei merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia. China dan Malaysia menetapkan tahun ini sebagai Tahun Pertukaran Persahabatan dan mengadakan pelbagai aktiviti sambutan termasuk saling menghantar kumpulan kesenian dan rombongan belia. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China bermula hari ini. Ini merupakan lawatan kali kedua beliau ke China selaku perdana menteri.

Semasa Perang Dingin pada 40 tahun yang lalu, ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak telah melawat ke China dan menjalinkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Malaysia merupakan negara ASEAN yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, Malaysia giat mendorong proses dialog antara ASEAN dengan China. Pemimpin Malaysia kerap kali menegaskan, pembangunan China merupakan peluang, bukan ancaman.

Ketika kawasan Wenchuan, provinsi Sichuan, China dilanda gempa bumi dahsyat pada 2008, Malaysia menyumbangkan jumlah derma daripada individu yang terbesar kepada China. Ramai rakyat Malaysia telah beratur selama beberapa jam untuk menyumbang derma kepada mangsa bencana tersebut.

Hubungan antara China dengan Malayisa terus berkembang dengan lancar. Semasa berlakunya krisis kewangan Asia dan krisis kewangan antarabangsa, kedua-dua negara ini mengamalkan prinsip "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" untuk mengatasi cabaran berikutannya.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan bilateral kedua-dua negara berkembang pesat, dan pertukaran lawatan peringkat tinggi kerap kali diadakan. Kemajuan yang membanggakan dapat dilihat dalam usaha membina kepercayaan politik, kerjasama perdagangan, penguatkuasaan undang-undang serta kerjasama keselamatan dan pertahanan. Di samping itu, jumlah perdagangan bilateral telah melebihi USD 100 bilion pada tahun 2013, dan Malaysia telah menjadi rakan dagang terbesar bagi China antara negara-negara ASEAN untuk enam tahun berturut-turut. Pada bulan Oktober tahun lalu, Presiden China, Xi Jinping memilih Malaysia sebagai destinasi pertama dalam lawatan pertamanya ke Asia. Beliau telah menaiktaraf hubungan antara kedua-dua negara ke tahap hubungan rakan strategik komprehensif.

Perkembangan hubungan antara China dengan Malaysia akan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara serta menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau malah seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China