Janice Haley, seorang wanita dari Florida, AS memelihara dua ekor harimau benggala di pekarangan rumahnya. Dua ekor harimau itu, Saber dan Janda, masing-masing mempunyai gigi sepanjang kira-kira 15 sentimeter dan berat badan kira-kira 272 kilogram.
Ramai yang tidak bersetuju dengan perbuatan Janice yang memelihara harimau di rumahnya sendiri. Namun Janice berpendapat bahawa sekarang jarang terdapat tempat yang sesuai untuk harimau hidup secara liar kerana habitat asli mereka kebanyakannya telah dimusnahkan. Walaupun cara Janice ini bukan yang paling ideal, namun ia membolehkan orang ramai lebih mesra dengan harimau, sambil mengingatkan masyarakat supaya bertindak melindungi harimau liar sebelum mereka pupus.