Menjelang Hari Tanpa Rokok Dunia pada 31 Mei ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru kerajaan pelbagai negara meningkatkan cukai terhadap rokok.
Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan Fung Fu-chun berkata, langkah tersebut amat berkesan untuk mengurangkan perokok dan menyelamatkan lebih banyak nyawa. Menurut jangkaan WHO, jika kerajaan pelbagai negara meningkatkan cukai rokok sebanyak 50%, jumlah perokok di seluruh dunia akan berkurang 49 juta orang dalam tempoh tiga tahun akan datang.