Perwakilan Kesatuan Eropah, Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pusingan ketiga mengenai perselisihan gas asli Rusia-Ukraine di Berlin, Jerman semalam. Namun, Rusia dan Ukraine gagal mencapai persepakatan mengenai harga gas asli. Ketiga-tiga pihak tersebut bersetuju terus mengadakan rundingan di Brussels selepas Rusia menerima bayaran hutang gas asli dari Ukraine.
Menteri Tenaga Rusia, Aleksandar Novak berkata, menurut syarikat tenaga Ukraine, mereka telah memindahkan bayaran hutang sejumlah USD 786 juta kepada pihak Rusia pada petang semalam, namun Rusia masih belum menerima bayaran itu. Sekiranya bayaran itu diterima oleh Rusia sebelum 2 Jun, maka Rusia bersedia untuk terus mengadakan rundingan. Kalau tidak, Rusia akan menghentikan belakan gas asli kepada Ukraine bermula 3 Jun.
Menurutnya, hutang tertunggak Ukraine berjumlah kira-kira USD 5.2 bilion.