Cari:
Seorang Lagi Warga AS Ditahan DPRK
2014-06-07 15:42:16 CRI Cetak

AS mengesahkan seorang lagi warga negara itu ditahan oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Ini merupakan warga negara AS yang ketiga ditahan oleh DPRK.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf semalam berkata, sekarang indentiti warga AS itu tidak boleh didedahkan kerana masih belum mendapat kebenaran bertulis dalam hal itu. Namun, usaha memastikan keselamatan warganya di seberang laut tetap merupakan tugasan utama kerajaan AS pada masa ini.

Menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), warga AS, Jeffrey Edward Fowle ditahan oleh DPRK pada 29 April lalu kerana perbuatannya semasa melancong di DPRK didapati melanggar undang-undang negara itu. Kini, dia sedang disoal siasat oleh badan berkenaan DPRK.

Jurucakap itu menggesa supaya DPRK membebaskan tiga orang warga AS dengan segera. Di samping itu, Jabatan Negara AS tetap akan menghantar utusan khas atas isu hak asasi manusia untuk melawat ke DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China