Pasukan keselamatan Iraq semalam berjaya menawan semula kampus Universiti Anbar yang diduduki militan antikerajaan, sekali gus menyelamatkan ratusan mahasiswa dan pensyarah yang terperangkap di sana.
Puluhan anggota bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan pelampau, Negara Islam Iraq dan Levant menyerbu masuk ke kampus Universiti Anbar yang terletak di bandar Ramadi, ibu kota provinsi Al-Anbar pagi semalam. Pertempuran sengit yang tercetus antara mereka dengan pasukan keselamatan Iraq di universiti itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 9 anggota militan ditembak mati.