Cari:
Rusia, Ukraine Orak Langkah Pertama Dialog
2014-06-08 16:21:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rusia dan Ukraine telah mengorak langkah pertama untuk berdialog. Namun, hubungan antara kedua-dua negara masih belum "dipulihkan". Duta Besar Rusia ke Ukraine, Mikhail Zurabov berkata demikian dalam temu bual bersama wartawan semalam.

Zurabov dipanggil balik ke Moscow oleh Kementeria Luar Rusia untuk perbincangan mengenai situasi semasa di Ukraine pada bulan Februari lalu. Beliau kembali ke Kiev baru-baru ini untuk meneruskan tugasannya sebagai Duta Besar, dan menghadiri upacara angkat sumpah Presiden baharu Ukraine. Selain itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengadakan perbincangan yang ringkas dengan Presiden baharu Ukraine, Petro Poroshenko di Perancis pada 6 Jun lalu.

Menurut Duta Besar itu, perkara-perkara tersebut memperlihatkan hasrat Rusia untuk mengadakan dialog dan kerjasama dengan kerajaan Ukraine.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China