Piala Dunia 2014 akan dirasmikan di Brazil pada 12 Jun ini waktu tempatan. Presiden , Dilma Rousseff dalam ucapan melalui televisyen menyatakan bahawa Brazil telah membuat persiapan mencukupi untuk Piala Dunia. Kini, 12 buah bandar penganjur telah bersiap sedia, manakala pembinaan infrastruktur yang berkenaan juga telah selesai.
Upacara perasmian Piala Dunia akan diadakan dua jam sebelum perlawanan antara pasukan bola sepak Brazil dengan Croatia. 60 ribu orang penonton boleh menyaksikan detik bersejarah ini di Stadium Itaquerão São Paulo.