Menurut seorang pegawai Jepun yang enggan namanya didedahkan, sebanyak 640 kliogram plutonium yang dimiliki Jepun tidak terkandung dalam laporan Jepun kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerana "sebab tertentu". Namun beliau menolak untuk menjelaskan "sebab tertentu" itu.
Menurut media Jepun, kira-kira 80 butir peluru nuklear dapat dihasilkan dengan 640 kg bahan plutonium tersebut. Dari segi teknologi, sejumlah besar bahan nuklear peringkat senjata yang dimiliki Jepun telah jauh melampaui keperluannya dalam bidang penggunaan awam sehingga menimbulkan kebimbangan dan kerisauan masyarakat antarabangsa.