Cari:
Ban Ki-moon Kecam Peristiwa Pesawat Ukraine Jatuh Ditembak
2014-06-15 14:31:35 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon malam semalam mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya, mengecam peristiwa pesawat pengangkut tentera Ukraine jatuh ditembak dan sekali lagi menyeru penyelesaian krisis Ukraine melalui rundingan dan dialog.

Menurut kenyataan tersebut, konflik yang berterusan di kawasan timur negara itu telah mengakibatkan pengorbanan dan kecederaan yang teruk serta situasi kemanusiaan yang semakin memburuk. Ini memperlihatkan perlunya untuk segera menghentikan konflik serta menyelesaikan krisis melalui rundingan dan dialog. Ban Ki-moon menyeru semua pihak melaksanakan hasil rundingan empat pihak di Geneva dengan secepat mungkin, berusaha menyelesaikan krisis dan menjamin penyatuan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Ukraine.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Kementerian Pertahanan Ukraine, sebuah pesawat pengangkut tentera IL-76 jatuh ditembak oleh kumpulan bersenjata antikerajaan ketika mendarat di lapangan terbang Luhansk. Semua 49 orang penumpang dan krew terkorban.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China