Setelah pelayaran selama enam hari, armada China yang terdiri daripada sebuah kapal pembinasa, sebuah kapal frigat, sebuah kapal logistik dan sebuah kapal hospital untuk menyertai latihan ketenteraan Lingkar Pasifik (RIMPAC) 2014 telah tiba di perairan utara Guam dan berkumpul dengan kapal dari AS dan Singapura petang semalam.
Pegawai tentera laut China telah menaiki bot ke kapal kruiser AS, USS Chosin untuk mengadakan penyelarasan. Selepas itu, armada bersama itu terus belayar menuju ke Hawaii dan mengadakan latihan dalam pelayaran menurut jadual.