Pelbagai lapisan masyarakat di Jepun sekali lagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Perdana Menteri, Shinzo Abe yang tidak mempedulikan suara rakyat dan melanggar Perlembagaan semalam.
Agensi Berita Kyodo melaporkan, kira-kira 500 orang tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat berhimpun sambil melaungkan slogan dan memegang sepanduk di Tokyo untuk mengutuk tindakan Shinzo Abe yang mencuba memperkenalkan hak bela diri kolektif melalui pindaan Perlembagaan.
Dalam pada itu, seramai 215 ahli parlimen dari 27 wilayah mendirikan satu kumpulan untuk memboikot pindaan Perlembagaan itu.