Cari:
Pertempuran Sengit Berterusan di Iraq
2014-06-16 15:41:38 CRI Cetak

Pertempuran sengit antara pasukan keselamatan Iraq dengan kumpulan bersenjata antikerajaan masih berterusan di Baghdad semalam.

Jurucakap tentera Iraq, Qassim Atta dalam sidang akhbar memaklumkan, pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan antikerajaan sehingga membunuh 279 pemberontak dan memusnahkan 14 kenderaan.

Tambah beliau, sekurang-kurangnya 30 pengganas terbunuh dalam beberapa serangan yang dilancarkan oleh kumpulan pemberontak di utara wilayah Babil.

Dalam pada itu, serangan bom yang berlaku di sebuah pasar raya di pusat bandar Baghdad semalam meragut 9 nyawa dan mengakibatkan 21 lagi cedera.

Situasi di Iraq semakin meruncing sejak kumpulan pemberontak menguasai dua buah bandar utama di bahagian utara, iaitu Mosul dan Tikriti pada minggu lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China