Cari:
Situasi di Iraq Masih Tegang
2014-06-17 14:30:17 CRI Cetak

Mahkamah Persekutuan Iraq meluluskan keputusan pemilihan Perhimpunan Kebangsaan yang baharu pagi semalam.

Perikatan Negeri Undang-undang yang diketuai oleh Perdana Menteri, Nuri al-Maliki menang 92 daripada 328 kerusi dalam Perhimpunan Kebangsaan dan mengalahkan pesaing-pesaing yang lain dalam pemilihan yang diadakan pada 30 April lalu tersebut. Keputusan yang diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan itu melambangkan negara itu maju selangkah ke arah pembentukan kerajaan yang baharu.

Walau bagaimanapun, situasi di Iraq semakin meruncing semenjak kumpulan pemberontak menguasai beberapa bandar utama termasuk Mosul dan Tikriti pada minggu lepas.

Berikutan krisis tersebut, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mempertimbangkan kerahan pasukan tentera buat jangka waktu singkat bagi membantu Iraq meredakan pemberontakan. Kini, kapal induk USS George H.W. Bush serta sebuah kapal penjelajah dan kapal pembinasa telah ditempatkan di Teluk Parsi. Dalam pada itu, Iran juga menunjukkan keinginannya dalam membantu Iraq meredakan krisis dalam negeri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China