Cari:
Pertukaran Kebudayaan Rakyat, "Pelicin" bagi Kerjasama China-ASEAN
2014-06-19 14:53:01 CRI Cetak

Pertukaran kebudayaan merupakan kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kepercayaan. Keadah itu berfungsi meningkatkan hubungan bilateral antara ASEAN dengan China ke tahap yang baharu.

Bekas Perdana Menteri Thailand yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Thai-China, Kom Tapparangsri berkata demikian ketika merasmikan aktiviti "ASEAN Mempersona, Jelajah ke China" di Fangchenggang, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China semalam. Menurutnya, ASEAN akan siap membangunkan Komuniti Ekonomi menjelang tahun 2015. Ini merupakan peluang perkembangan yang baik bagi China dan 10 buah negara anggota ASEAN.

Pertukaran dan kerjasama dalam bidang kebudayaan dipercayai dapat membantu memperkasakan kerjasama antara China dengan ASEAN dalam bidang ekonomi. Hubungan kerjasama antara China dengan ASEAN yang telah mengalami "dekad emas" sedang menuju ke "dekad intan". Kedua-dua pihak telah mengadakan kerjasama yang menajubkan dalam sektor ekonomi, perdagangan, tenaga profesional, pendidikan, sains dan teknologi serta kumpulan pemikir. Sektor kebudayaan telah dijadikan lokomotif bagi kemakmuran ekonomi bersama-sama di rantau tersebut.

Ketua Pengarah Akademi Sains Sosial Guangxi, Lu Yusheng berkata, China dan ASEAN telah membina pelbagai mekanisme dalam bidang kebudayaan seperti "Sidang Menteri Kebudayaan ASEAN". Selain itu, kedua-dua pihak telah menandatangani dan melaksanakan sejumlah dokumen tentang pertukaran dan kerjasama bilateral dalam bidang kebudayaan. China telah menandatangani perjanjian dengan Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Vietnam tentang pertukaran pendidikan.

Tahun ini merupakan tahun pertukaran kebudayaan China-ASEAN. China dan pelbagai negara anggota ASEAN akan mengadakan lebih 150 aktiviti pertukaran dalam sektor pemuda, sukan dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China