Cari:
Gencatan Senjata Seminggu di Ukraine
2014-06-21 14:18:05 CRI Cetak

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko (kiri) di pangkalan tentera semalam.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko semalam mengumumkan bahawa operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh tentera kerajaan di tenggara negara itu akan dihentikan bermula pada pukul 11.00 malam tadi hingga pukul 10.00 pagi, 27 Jun nanti.

Menurut beliau, keputusan itu bertujuan untuk menuntut kumpulan bersenjata di bahagian tenggara supaya melucutkan senjata dengan secepat mungkin dan jangan melakukan lagi aktiviti keganasan. Mereka yang enggan melaksanakan pelucutan senjata akan ditumpaskan oleh tentera kerajaan.

Dalam pada itu, Speaker Parlimen, Oleksander Turchynov mengumumkan bahawa laluan sempadan Ukraine dengan Rusia telah ditutup. Sebelum ini, pihak berkuasa negara itu selalu mencela Rusia menjual senjata kepada kumpulan bersenjata di tenggara Ukraine menerusi laluan sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China