Cari:
Pelan Damai Ukraine Dialu-alukan oleh Barat
2014-06-22 14:22:55 CRI Cetak

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko baru-baru ini mengumumkan satu pelan mengenai penyelesaian pertempuran di tenggara negara itu secara damai, sementara menandatangani Dekri Presiden gencatan senjata selama seminggu di kawasan tersebut.

Pelan penyelesaian itu merangkumi 15 butiran, termasuk mendirikan zon penampan sejauh 10 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia, kumpulan bersenjata bukan kerajaan dituntut berundur dari Donetsk dan Luhansk, melucutkan senjata milik militan, memulihkan pentadbiran di kawasan tempatan dan lain-lain.

Pelan berkenaan dialu-alukan oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman. Walau bagaimanapun, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengkritik pelan itu bertentangan dengan dokumen Geneva yang dicapai pada 17 April dan kandungan penting seperti pencadangan bermulanya dialog belum dimasukkan ke dalamnya.

Mengikut dokumen Geneva, pihak Ukraine perlu segera membuka dialog nasional yang melibatkan semua kawasan dan kuasa politik sehingga mencapai persepakatan tentang pembaharuan Perlembagaan.

Lavrov menggesa "penaja-penaja dari Barat" yang menyokong pihak berkuasa Kiev supaya melaksanakan dokumen Geneva dan membuka dialog bagi menyelesaikan krisis negara itu di bawah syarat penglibatan semua kawasan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China