Cari:
China Majukan Strategi FTZ
2014-06-22 14:53:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sejak zon perdagangan bebas (FTZ) baru dibuka di Shanghai pada tahun lepas, pembinaan FTZ di China terus dimajukan secara stabil dalam separuh pertama tahun 2014.

Menurut statistik, terdapat lebih 20 buah projek FTZ yang dimohon kerajaan daerah dalam laporan kerja masing-masing pada tahun ini. Dalam pada itu, Naib Ketua Setiausaha Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China (NDRC), Fan Hengshan menyatakan bahawa pembinaan FTZ patut dijalankan secara proaktif dan munasabah.

Pembinaan FTZ Shanghai telah dijalankan secara menyeluruh yang terbukti dari aspek inovasi pembaharuan kewangan, peningkatan urus niaga RMB merentasi sempadan dan pelaksanaan secara rasmi operasi akaun perdagangan bebas.

Pada masa yang sama, rundingan FTZ dengan negara-negara jiran turut mencapai kemajuan. China, Jepun dan Republik Korea (ROK) telah mencapai persepakatan dalam isu penurunan kutipan cukai terhadap perdagangan kargo selepas rundingan pusingan ke-4 FTZ ketiga-tiga negara. Selain itu, Penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) juga sedang dipergiatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China