Cari:
Serangan Udara Israel Sasarkan Tentera Syria
2014-06-23 16:08:42 CRI Cetak

Tentera Pertahanan Israel menyerang beberapa pangkalan tentera Syria di Dataran Tinggi Golan malam semalam sebagai tindakan balas terhadap serangan bom Syria yang mengakibatkan kematian dan kecederaan penduduk Israel.

Jurucakap tentera Israel, Peter Lerner mengesahkan tentera Israel telah melakukan serangan terhadap sembilan sasaran di Syria. Hal ini juga dianggap sebagai serangan yang paling serius selepas Perang Israel dengan Syria pada tahun 1973.

Serangan bom yang berlaku di Israel pada hari yang sama itu mengakibatkan seorang terkorban dan tiga orang cedera parah. Pihak Israel mendakwa Syria melakukan serangan sekali gus memberi amaran bahawa kerajaan Syria akan menanggung akibatnya kerana memberikan sokongan kepada kumpulan militan yang menyerang Israel.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China