Cari:
Kerjasama Kewangan China-Singapura Berfaedah kepada ASEAN
2014-06-24 15:27:47 CRI Cetak

Bank Perindustrian dan Komersial China (ICBC) cawangan Singapura merupakan salah satu daripada dua bank China yang memiliki lesen penuh untuk menjalankan urus niaga di negara itu. Sekarang, ICBC menyediakan perkhidmatan deposit Rembinbi, pengiriman wang, pertukaran tunai dan jual beli mata wang asing, yang amat dialu-alukan oleh pelanggan Singapura malah ASEAN.

Puan Wong, seorang ahli perniagaan Indonesia yang berketurunan Cina, berpandangan optimistik terhadap prospek kenaikan nilai mata wang RMB. Dia mencuba pelaburan dalam RMB kerana kadar faedah bagi mata wang itu bahkan pulangan pelaburannya lebih tinggi berbanding mata wang lain.

Disebabkan perdagangan China dengan ASEAN yang berjumlah besar, fungsi RMB telah diluaskan daripada mata wang untuk perdagangan kepada pelaburan dan pembiayaan. Menurut Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Dunia (SWIFT), Singapura telah mendahului London sebagai hab urus niaga RMB seberang laut yang kedua terbesar di dunia, selepas Hong Kong. Untuk memenuhi permintaan pelabur ASEAN terhadap RMB, ICBC cawangan Singapura dan Bank of China cawangan Singapura telah mengeluarkan debentur yang masing-masing bernilai dua bilion dan tiga bilion yuan RMB.

Seiring dengan pembangunan ekonomi China yang pesat, pelabur ASEAN berharap berkongsi hasil pembangunan ekonomi yang lumayan.  

Pada tahun 2006, Bursa Pertukaran Singapura (SGX) melancarkan opsyen indeks FTSE A50 China. Sebagai pusat kewangan ASEAN, pelancaran indeks tersebut oleh SGX menarik perhatian ramai pelabur di ASEAN. Pengarah Jualan Sekuriti SGX, Wiliam Wong memberitahu wartawan bahawa Singapura merupakan pusat pengurusan kekayaan di ASEAN. Disebabkan pandangan pelabur ASEAN yang optimistik terhadap prospek perkembangan ekonomi China, SGX telah memperkenalkan pelbagai produk kewangan yang berkaitan dengan China.

Penganalisis Bank United Overseas (UOB) Singapura berpendapat, pembangunan ekonomi China yang pesat bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan eksport negara-negara ASEAN, tetapi juga memberi peluang kepada pasaran perbankan dan modal. Kerjasama China-Singapura dalam bidang kewangan akan memberi faedah kepada pembangunan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China