Cari:
Jepun Batal Sekatan Hak Mempertahankan Diri Kolektif
2014-06-25 14:55:31 CRI Cetak

Media Jepun melaporkan, parti pemerintah, iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Komeito Baharu mencapai persepakatan untuk membatalkan sekatan terhadap hak mempertahankan diri kolektif di negara itu. Kerajaan Abe dijangka mengambil tindakan pada minggu depan.

Jepun mengamalkan dasar mempertahankan diri selepas Perang Dunia II. Namun, sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada bulan Disember tahun 2012, Shinzo Abe sentiasa berhajat untuk meminda Perlembagaan Damai dan membatalkan sekatan terhadap hak mempertahankan diri kolektif.

Menurut pegawai yang menyertai mesyuarat keselamatan semalam, kedua-dua parti pemerintah tersebut berharap kerajaan Abe dapat mengemukakan dokumen muktamad kabinet untuk dibahaskan pada 27 Jun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China