Persidangan Alam Sekitar PBB pertama yang berlangsung selama lima hari berakhir di Nairobi, Kenya semalam.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam upacara penutup persidang itu berkata, masyarakat antarabangsa harus melaksanakan agenda pembangunan selepas 2015 yang dikemukakan dalam persidangan kali ini melalui langkah inovasi dan pembaharuan.
Menteri Perlindungan Alam Sekitar China, Zhou Shengxian menerangkan pendirian China dalam persidangan itu. Beliau berkata, negara-negara maju harus memainkan peranan sebagai teladan, mengubah cara pengeluaran dan penggunaan yang kurang rasional, di samping menyediakan bantuan berupa modal dan teknologi kepada negara-negara membangun.