Cari:
Ucaptama Xi dalam Persidangan Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai
2014-06-29 14:40:03 CRI Cetak

China, India dan Myanmar bersama-sama memperingati sambutan ulang tahun ke-60 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai di Beijing semalam. Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam persidangan peringatan itu berjanji bahawa China sanggup berkerjasama dengan pelbagai negara di dunia, khususnya negara-negara jiran demi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Beliau membentangkan pendirian China untuk kekal mengamalkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai dan menggalakkan hubungan antarabangsa yang baharu, antaranya termasuk mengekalkan kesamarataan kedaulatan, keselamatan dan pembangunan bersama, kerjasama saling menguntungkan, bersikap inklusif dan saling melengkapi, kesamarataan dan keadilan.

Tegasnya, China akan terus mengekalkan pembangunan secara damai.

Persidangan peringatan itu turut dihadiri oleh Presiden Myanmar, U Thein Sein, dan Naib Presiden India, Mohammad Hamid Ansari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China