Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama yang bertemakan "Membangunkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, Mewujudkan Dunia Kerjasama Saling Menguntungkan" dalam perhimpunan sambutan ulang tahun ke-60 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai di Beijing semalam. Kenyataan beliau disanjung tinggi oleh media pelbagai negara.
Associated Press (AP) mengeluarkan ulasan berjudul "China menyatakan tidak mengejar hegemoni" yang memetik kenyataan Xi sebagai berkata, "China tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, tidak memaksa negara lain dengan tanggapan sendiri, dan tidak berhegemoni walau betapa kuat".
Reuters pula memetik kenyataan Xi mengenai China mengekalkan pembangunan damai, yang menyatakan "China tidak bersetuju terhadap teori 'negara yang kuat pasti berhegemoni', keturunan China tiada gen berhegemoni".
Media India dan Myanmar masing-masing membuat liputan mengenai ucapan Xi dan pemimpin kedua-dua negara itu yang menyatakan akan terus mengembangkan semangat Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, mengeratkan hubungan dengan China dan memberikan sumbangan demi keamanan serantau dan dunia.