Cari:
Media Jepun Kritik Usul Mansuh Larangan Hak Pertahanan Kolektif
2014-06-29 15:29:54 CRI Cetak

Kerajaan Shinzo Abe mengemukakan draf resolusi kabinet yang memansuhkan larangan hak pertahanan kolektif kepada parti pemerintah dan merancang untuk meluluskan keputusan kabinet berkenaan pada 1 Julai nanti. Media utama Jepun masing-masing mengkritik usul tersebut.

Mainichi Shinbun dalam ulasan berkata, menurut draf itu, jika negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Jepun diserang atau nyawa dan hak rakyat Jepun menghadapi bahaya yang jelas, Jepun dibenarkan menggunakan senjata dengan had minimun. Namun, piawaian "hubungan rapat" dan "bahaya yang jelas" kurang jelas, dan memberikan kemungkinan bagi kerajaan untuk membuat penjelasan selanjutnya.

Asahi Shimbun pula menyatakan kerajaan pimpinan Shinzo Abe untuk memansuhkan larangan hak pertahanan kolektif tidak beralasan, dan menetapkan usul kebinat dengan logik yang sukar difahami oleh kebanyakan warga Jepun. Tindakan ini hanya akan mengakibatkan konsep perlembagaan damai dihancurkan dan muncul perselisihan pendapat umum, serta rasa ketidakpercayaan orang ramai terhadap ahli politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China