
Jumlah pelancong yang melawat Kota Larangan Beijing setiap tahun pada musim puncak tidak seimbang dengan jumlah pada musim luar puncak. Untuk menyeimbangkan jumlah pelancong, Muzium Kota Larangan akan membenarkan 10 ribu pelancong masuk secara percuma pada hari Rabu pertama setiap bulan bermula bulan November tahun ini hingga April tahun depan, iaitu musim luar puncak yang akan datang.

Selain itu, pas tahunan untuk sepuluh lawatan juga akan dijual dengan harga 300 yuan untuk orang dewasa dan 150 yuan untuk warga emas dan pelajar.

Untuk menyeimbangkan jumlah pelancong setiap hari pula, muzium ini akan menjual tiket masuk pada separuh harga selepas pukul 2 petang pada 12 hingga 14 September nanti sebagai percubaan.