Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani pindaan Undang-undang Jenayah negara itu yang menggariskan hukuman ke atas perbuatan menghasut kegiatan pelampau melalui internet.
Menurut pindaan tersebut, mereka yang bersalah menghasut keganasan menerusi alat komunikasi termasuk internet bakal dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun. Manakala mereka yang memberikan bantuan kepada kegiatan ganas akan dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun.