Kerajaan Jepun meluluskan resolusi yang membatalkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif petang semalam. Hal ini menandakan dasar pertahanan defensif Jepun yang diamalkan selepas Perang Dunia II bakal mengalami perubahan yang besar.
Resolusi itu turut menetapkan tiga syarat baharu tindakan ketenteraan boleh diambil, iaitu, pertama, Jepun atau negara yang mempunyai hubungan erat dengannya diserang, sehingga mendatangkan ancaman yang serius terhadap keselamatan nyawa rakyat serta hak mereka. Syarat kedua, tiada kaedah lain yang sesuai untuk mengelakkan serangan tersebut, dan ketiga, tindakan ketenteraan itu perlu dilakukan menurut "keperluan minimum". Menurut resolusi itu, Jepun boleh mengambil tindakan ketenteraan jika ketiga-tiga keadaan tersebut berlaku.