Cari:
Rakyat Jepun Bantah Resolusi Hak Pertahanan Diri Kolektif
2014-07-02 11:23:50 CRI Cetak

Rakyat Jepun membantah tindakan kerajaan meluluskan resolusi yang membatalkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif semalam.

Wakil Parti Demokrat yang merupakan parti pembangkang utama Jepun, Banri Kaieda mendakwa Perdana Menteri, Shinzo Abe mengadakan perbincangan sulit dengan parti gabungan, New Komeito mengenai resolusi tersebut, sehingga proses keseluruhannya tidak telus. Wakil Parti Kehidupan Rakyat, Ichiro Ozawa pula mengkritik tindakan Abe membatalkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif itu sebagai menafikan semangat Perlembagaan, dan bakal menjejaskan nama baik dan imej Jepun sebagai negara yang damai selepas Perang Dunia II.

Pertubuhan Kongres Wartawan Jepun (JCJ) mengeluarkan kenyataan semalam bahawa penggunaan hak pertahanan diri kolektif akan menjerumuskan negara itu ke dalam peperangan sekali lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China