Cari:
Kadar Sokongan Abe Kurang 50%
2014-07-03 13:22:41 CRI Cetak

Menurut keputusan tinjauan pendapat terkini yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Kyodo semalam, selepas resolusi berkaitan pembatalan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif diluluskan, kadar sokongan terhadap kabinet Shinzo Abe turun kepada 47.8%. Ini merupakan kali pertama kadar berkenaan turun ke bawah 50% sejak bulan Disember lalu.

Kira-kira 82% orang responden berpendapat, tindakan kerajaan yang meluluskan resolusi tersebut "kurang perbincangan yang menyeluruh". 73.9% responden menyatakan kebimbangan skop penggunaan hak pertahan diri kolektif oleh Jepun mungkin akan diperluas pada masa depan, manakala 68.4% berpendapat Dewan Perwakilan patut dibubarkan untuk menguji sama ada pemerintahan Abe masih disokong oleh rakyat Jepun.

Menurut Agensi Berita Kyoto, hasil tinjauan tersebut membuktikan bahawa tindakan kerajaan Abe berkenaan tidak diterima dan diperaku oleh rakyat Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China