Cari:
Terbuka, Inklusif Asas Kerjasama Asia Pasifik 
2014-07-03 11:27:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Prinsip terbuka dan inklusif merupakan asas bagi memastikan perkembangan sihat kerjasama di rantau Asia Pasifik. China bersedia berusaha bersama-sama dengan semua negara untuk mewujudkan kemakmuran, kestabilan dan keamanan di rantau ini. Kenyataan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

China telah mengadakan beberapa aktiviti diplomatik penting pada beberapa bulan yang lalu, termasuk Sidang Kemuncak Mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) dan majlis peringatan ulang tahun ke-60 Lima Prinsip Hidup Bersama secara Damai. Ketika menjawab pertanyaan wartawan sama ada tindakan itu bertujuan untuk menghadapi strategi "penyeimbangan semula Asia Pasifik" AS, jurucakap itu berkata, China tetap berpegang kepada prinsip bersahabat dengan negara jiran bagi memacu pembangunan bersama serantau. China akan berusaha supaya pembangunan sendiri bakal memberikan manfaat kepada negara-negara Asia yang lain.

Tambah beliau, mekanisme kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan yang semakin disempurnakan selaras dengan hala tuju pembangunan serantau dan hasrat rakyat di pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China