Cari:
Sarkozy Mengaku Tidak Bersalah
2014-07-03 15:20:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mantan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata, beliau "tidak pernah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang" dan "tidak membelanjakan satu sen pun hasil kutipan cukai awam" dalam kempen pilihan raya Presiden. Beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya sebagai "alat politik yang dieksploitasikan oleh kumpulan tertentu melalui saluran undang-undang".

Beliau berkata demikian ketika diwawancara media Perancis berhubung isu beliau disoal siasat pihak polis atas tuduhan rasuah semalam.

Dalam temu ramah eksklusif melalui televisyen itu, Sarkozy terlebih dahulu menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana perbualan menerusi telefon peribadinya diintip, dan diumumkan oleh pihak media.

Sarkozy menambah, beliau tidak akan menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan Presiden Kesatuan Gerakan Popular (UMP) pada musim luruh tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China