Cari:
Jepun Dikritik Batal Larangan Guna Hak Pertahanan Diri Kolektif
2014-07-03 15:25:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Keputusan kerajaan Jepun untuk meminda tafsiran perlembagaan yang membolehkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif dibatalkan pada 1 Julai lepas bukan sahaja dibantah keras oleh rakyat dan parti pembangkang Jepun, malah dikritik oleh media beberapa negara termasuk media arus perdana negara itu sendiri.

Akhbar The Asahi Shimbun Jepun dalam rencana yang diterbitkan semalam menyifatkan tindakan kabinet Shinzo Abe itu sebagai "kejam" dan akan menjadi "duluan yang luar biasa bahaya" dalam politik Jepun.

Akhbar The Chosun Ilbo Republik Korea (RoK) melaporkan, Jepun sekali lagi menjadi "negara yang boleh melancarkan perang" selepas Perang Dunia II. Keputusan yang dibuat oleh kerajaan Jepun tanpa pungutan suara itu dianggap "mencabar faham perlembagaan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China