Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel (kiri) dalam sidang media di Pentagon semalam.
Tugas utama penasihat ketenteraan AS ke Iraq adalah untuk melindungi keselamatan kedutaan dan warga AS di Iraq. Mereka tidak akan menyertai pertempuran di negara itu. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel dalam sidang media di Pentagon semalam.
Menurut beliau, tugas utama tentera AS di Iraq untuk menyokong kerajaan Iraq menyelesaikan krisis politik selain melindungi keselamatan warga dan kemudahan AS di Iraq. Tambah beliau, serangan ketenteraan bukan saluran yang tunggal untuk menyelesaikan situasi semasa. AS menyokong masalah di Iraq diselesaikan melalui saluran diplomatik.